Thursday 11 December 2014

Pelancaran Blog Anak Beranak Tok Deris

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين الصلاة والسلام على رسول الله وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Taala kerana dengan limpah kurniaNya dapat dirintis sebuah blog yang dinamakan Blog Anak Cucu Tok Deris yang bertujuan menyatukan ikatan keluarga yang kini bertebaran di serata tempat.

Dengan adanya blog ini, rumpun keluarga yang bersalsilah dari Al Marhum Deris bin Hj Yusoff dapat ditautkan kembali, saling kenal mengenal ahli keluarga yang semakin berkembang ini. Segalanya adalah bermatlamatkan merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan keluarga serta mengekalkan hubungan mesra, saling bantu membantu, mengambil berat sesama aanggota keluarga.

Semoga usaha murni ini aklan diteruskan oleh generasi yang akan datang dan mendapat keberakatan daripada Allah Taala hendaknya.

Yang Ikhlas,
Moderator
Anak Beranak Tok Deris

No comments:

Post a Comment